- Masalah : Kulit Kering
Jika seseorang mengalami masalah kulit yang kering, pelembap perlu mengandungi hyaluronic acid atau squalene. Hyaluronic acid mampu mengekalkan kelembapan dengan mengikat air di dalam kulit.
- Masalah : Kulit Sensitif
Bagi mengatasi kulit sensitif, pelembap yang mengandungi aloe vera mampu mengurangkan radang kulit. Pastikan pelembap untuk kulit sensitif tidak dicampur dengan SLS, pengawet, dye, lanolin, pewangi, formaldehyde atau paraben. Kulit jenis ini juga akan mula terasa gatal atau pedih jika kulit menjadi kering. Produk organic tidak semestinya sesuai dengan kulit yang sensitif.
- Masalah : Kulit Matang (berkedut dan kendur)
Pelembap yang mampu memberi kelembapan yang tinggi seperti hyaluronic acid, squalene amat sesuai untuk kulit matang. Selain itu, pelembap untuk kulit matang biasanya mengandungi vitamin A, atau retinol. Retinol membantu mempercepatkan pertumbuhan kulit dan mengurangkan kedut. Kebanyakan pelembap untuk kulit matang akan mengandungi antioksidan, vitamin dan peptide yang tinggi seperti vitamin B5, vitamin C dan vitamin E.
- Masalah : Kulit Berjeragat
Pelembap untuk kulit jeragat biasanya mengandungi bahan yang boleh membantu memutihkan kulit. Antaranya ialah vitamin C, asid kojic, arbutin, asid azelaic, niacinamide, licorice, retinoids. Hidrokuinon merupakan produk preskripsi daripada doktor untuk menghilangkan jeragat. Ia perlu digunakan atas nasihat doktor sahaja.
- Masalah : Kulit Berminyak dan Berjerawat
Bagi mengatasi masalah kulit ini, pelembap untuk kulit berjerawat biasanya mempunyai produk yang mampu mengawal pertumbuhan bakteria, mengawal pengeluaran minyak dan mampu membersihkan pori-pori. Antaranya ialah produk yang mengandungi asid salicylic, benzoyl peroxide, glycolic acid dan sulphur.
Oleh: Izhamjabari
Rujukan : Dr Nurhalina Azly binti Minhat, perunding kecantikan