16 petanda si dia meminati kita

1.      FAHAMI BAHASA TUBUHNYA

Bahasa tubuh boleh dijadikan pemberitahuan terbesar apabila seseorang menyimpan perasaan suka terhadap seseorang. Kajian mendapati bahawa wanita mempunyai sekitar 52 jenis bahasa tubuh, manakala lelaki pula hanya menunjukkan 10 jenis bahasa tubuh. Misalnya, si dia kerap curi-curi melihat wajah kita. Perhatikan bulu keningnya yang sedikit terangkat kerana terlalu teruja. Kemudian, si dia kerap mahu berada dekat tidak kisahlah sama ada sedang duduk mahupun berdiri.

2.      DENGAR APA SI DIA KATAKAN

Jika benar si dia meminati kita, si dia bertukar menjadi seorang yang gementar secara tiba-tiba apabila berada betul-betul berada di hadapan kita. Dia mungkin mula bercerita tentang dirinya lebih-lebih lagi jika kita cuba bercerita tentang lelaki lain. Setiap perkataan yang dilemparkan akan berulang-ulang dan kadang-kala pula kurang jelas untuk didengari. Semuanya menjadi tidak keruan.

3.      LAYANAN SEKELILING

Jika si dia benar-benar mahu menjadi kekasih, si dia akan mula menjadi seorang yang bersikap pelindung supaya tampak ‘gentleman’ dan mahu kita berasa selamat. Lihat gelagatnya menarik kerusi, meletakkan tangannya di atas sandar kerusi kita, memberikan jaket ketika sejuk atau mengambil sendiri pesanan makanan di kaunter. Selain daripada tu, perhatikan pandangannya jika di kelilingi gadis-gadis cantik. Adakah si dia tetap memandang kita atau pergi melayan gadis-gadis lain yang lebih dekat?

4.      MINAT TIBA-TIBA SAMA

Sebagai contoh, jika kita meminati genre muzik blues tetapi si dia kurang mengenalinya, si dia akan meminta pandangan kita pula untuk mengetahui genre muzik yang diminatinya. Se-kurang-kurangnya si dia tidak akan merasa malu. Jika kita mula memperkenalkan siri TV kegemaran kita, si dia mula akan mengikuti perkembangan siri tersebut semata-mata mahu mempunyai persamaan dengan kita.

5.      PERMAINAN MATA

Semakin kerap si dia cuba melihat kita, bermakna si dia cuba menarik perhatian kita untuk berkata sesuatu. Paling ketara apabila kita cuba membalas dengan melihatnya, tetapi si dia akan berpaling kerana malu. Untuk menguji sama ada si dia benar-benar sedang memerhati, lihat si dia dan cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain. Dalam masa sepuluh saat, lihat kembali ke arahnya. Jika si dia masih memerhati, sah si dia meminati kita.

6.      PERHATIAN RAKAN-RAKAN

Perbuatan yang amat ketara apabila si dia dibantu melalui tindakan rakan-rakannya. Si dia akan menjadi mangsa usikan rakan-rakannya sehingga ia akan sampai ke telinga kita. Misalnya, menolak si dia secara paksa untuk berdiri di sebelah kita mahupun sering menyebut nama si dia sebagai peminat yang kerap mengirim salam.

7.      PETANDA GEMURUH

Gelak tawa yang bercampur baur, tapak tangan yang berpeluh, menarik nafas yang panjang atau cepat-cepat mengalih pandangan merupakan petanda ketara si dia sedang gemuruh. Jika kesemua petanda ini ada pada si dia, nampaknya si dia mahu memulakan langkah seterusnya.

Jangan salahkan si dia jika tiba-tiba sahaja bajunya basah kerana terlalu gemuruh bila kita menghampirinya.

8.      LAMAN SEMBANG

Setiap hari, pasti si dia tetap ada dalam senarai laman sembang kita. Si dia tak pernah jemu menegur dan berborak semata-mata untuk menjadi lebih rapat. Semestinya, si dia lebih banyak bercakap, lebih mesra dan tidak membosankan tatkala berbual-bual. Tapi, kita akan menjadi seorang yang pemalu apabila berjumpa.

9.      KEBETULAN

Ibarat cermin kerana setiap hari kita pasti ternampak si dia. Ia mungkin tindakan drastik apabila si dia semakin mahu mendekati kita. Jika kita perasan, si dia cuba meniru setiap tindakan kita seolah-olah seperti seorang pengintip pula. Di mana sahaja kita berada, di situ pasti ada si dia.

10.  BUAT LAWAK

Jika si dia seorang yang ceria, bersikap kebudak-budakan dan berani, si dia mungkin tidak teragak-agak untuk membuat lawak di depan kita untuk menarik perhatian. Ia mungkin disukai tetapi boleh jadi menggagalkan dengan lawaknya yang sakastik dan menjengkelkan tu. Semestinya   kandungan lawaknya bersikap jujur dan lurus tetapi ia bukan kenangan yang manis untuk diingati kerana berkemungkinan  ia mendatangkan rasa malu buat kita.

11.  KERAP MEMUJI

Setiap hari kita mengenakan solekan yang sama tetapi tiba-tiba saja si dia cuba memuji kita berlebih-lebihan. Kedengaran aneh tapi tu hakikat si dia memang menyimpan perasaan terhadap kita. Namun, tak semua orang mempunyai sikap berterus-terang dalam bab memuji kecuali si dia pertama kali memuji.

12.  TANDA ISYARAT

Ketahui isyarat-isyarat yang diberi misalnya si dia mengangkat tangan dengan isyarat mengajak kita makan bersama. Terdapat banyak isyarat yang sering digunakan  seperti menunjukkan isyarat jari tanda ajak bersiar-siar dan macam-macam lagi. Tujuan si dia memberi tanda isyarat adalah supaya si dia kurang merasa malu jika tawarannya ditolak mentah-mentah.

13.  KERAP WHATSAPP/SMS

Kita tahu si dia sedang bersama teman-temannya tetapi telefon bimbit memang tidak pernah lekang dari jarinya. Nampaknya, di mana-mana jua si dia berada, kita  tetap menjadi pilihannya untuk bersembang dan menganggap kita lebih penting dari teman-temannya.

14.  AJAKAN DARI RESPONS

Si dia mula membicarakan tentang artis kegemaran yang bakal membuat konsert tak lama lagi. Bukan apa, dengan harapan kita memberi respons untuk mengikutnya menonton konsert tersebut. Jika kita memberi respons positif, pastinya tiket percuma dalam genggaman.

15.  SERBA TAHU

Dia bukanlah seorang peminat fanatik tetapi kerana minat, si dia tahu di mana lokasi kediaman kita, warna kegemaran, makanan kegemaran dan semuanya dari hujung rambut hingga ke hujung kepala.

16.  PAK TURUT

Dia tak kisah jika dianggap pak turut dalam apa jua keadaan sekalipun. Demi cinta, si dia sanggup melakukan apa sahaja yang kita minta dan suruh. Si dia akan terus berusaha untuk memenangi hati kita hingga menjadi kekasihnya suatu hari nanti. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup si dia renangi.

Oleh: izhamjabari

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.