Doktor kongsi 15 tips turun berat badan dengan mudah

Ramai orang pasti mempunyai masalah gemuk atau obesiti dan kebanyakannya ramai yang masih gagal untuk menurunkan berat badan dengan mudah walaupun bermacam cara dilakukan.

Malah doktor sendiri pun pernah merawat pesakit yang mempunyai masalah obesiti/gemuk tapi amat menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan.Faktor yang penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan.

Tips mudah untuk diikuti oleh semua orang.

1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-perlahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buahbuahan. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan .

4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan cendawan. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum saperti donut, kek dll. Makan ‘whole grain’ wheat, oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast food, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’. Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.

11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap-senyap dia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran atau salad dan lauk-pauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan kabohidrat.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 – 3 km, atau cabut rumput dihalaman rumah, bersihkan kereta atau bersihkan rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.

SUMBER : FB  Dr Hamid Arshat

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.