14 Ciri-ciri orang yang sayangkan kamu dengan setulus hati

1. Orang yang menyayangi kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia menyayangi kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya, dan dia akan selalu bahagia jika melihat kamu bahagia.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan kamu dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui di setiap detik.

5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat-saat itu adalah saat yang berharga untuknya.
6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya.
7. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari apa yang kamu gemari  kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu walaupun terdapat sesetengah perkara yang bukan kegemarannya.
8. Ketika kamu sedang sakit, dia akan sentiasa mengambil berat untuk bertanya keadaan kamu kerana dia sangat risaukan keadaan kamu.

9. Orang yang menyayangi kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi kamu itu sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu tersangat istimewa.

10. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

11. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

12. Jika kamu memintanya untuk mengajarkanmu sesuatu maka si dia akan mengajarkanmu degan sabar. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

13. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia pasrah dan cuba menjauhkan diri dari kamu walaupun hatinya tersakiti.

14. Orang yang begitu menyayangimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin tahu, kerana dia tidak mahu buat kamu merasa tertekan.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.