Tips mudah kuasai Bahasa Inggeris

Terdapat dalam kalangan kita yang menghadapi kesukaran dalam menguasai Bahasa Inggeris taktala sistem pembelajaran negara kita yang amat menitikberatkan penguasaan bahasa tersebut. Di sini saya ingin kongsikan tips yang boleh membantu anda untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan cara yang mudah dan menyeronokkan..
1. ‘UPDATE’ STATUS DI LAMAN SOSIAL MENGGGUNAKAN BAHASA INGGERIS
Jika anda ingin meng ‘update’ status di laman sosial, cuba gunakan bahasa Inggeris. Jika tidak tahu secara menyeluruh, campurkan Bahasa Malaysia dan Inggeris sekali. Secara tidak langsung, kita telah menggunakan bahasa Inggeris secara spontan.

2. SENTIASA BERCAKAP DI HADAPAN CERMIN
Cara ini hanya boleh di praktiskan di dalam rumah sahaja. Caranya amat mudah iaitu anda hanya perlu duduk di hadapan cermin di dalam bilik atau tandas dan cakaplah Bahasa Inggeris secara bersendirian. Cara ini bertujuan untuk melatih anda berkomunikasi di hadapan orang ramai dan menambah keyakinan diri.

3. SELALU TULIS ‘VOCABULARY’
Cara ni cukup mudah..Ambil kertas dan tulis tajuk yang anda pilih sendiri. Untuk lebih seronok, cuba anda praktis ayat-ayat cinta yang agak jiwang.. Contohnya : “I love my wife more than everything in this world” . Tulis seberapa banyak ‘vocabulary’ yang berkaitan secara konsisten.

4. RAJIN MEMBACA SURAT KHABAR BAHASA INGGERIS
Anda perlu rajin membaca surat khabar dalam Bahasa Inggeris seperti The Star, New Strait Times atau majalah seperti Reader’s Digest..Kalau ada ayat yang tidak faham, bolehla rujuk kamus.

5. SELALU MENGGUNAKAN KAMUS
Bila membaca ayat Inggeris mesti terdapat ayat yang kita tidak faham. Jadi kita memerlukan kamus sebagai rujukan. Kalau anda malas nak bukak kamus yang tebal tu, install sahaja software kamus atau translator di dalam smartphone anda.

6. BELAJAR GRAMMAR BUDAK SEKOLAH RENDAH
‘Speaking’ tanpa guna grammar yang betul boleh menyebabkan ayat menjadi tunggang langgang. Kalau anda tiada basic grammar lagi, carilah buku grammar budak sekolah rendah sebab ianya mudah faham dan diingati.

7. SELALU TENGOK ENGLISH MOVIE
Kalau anda suka tengok English Movie, ambik remote astro dan terus tukar sari kata dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Sambil tengok movie tu anda pun boleh belajar cara nak sebut perkataan dengan betul.

8. CUBA BUAT ENTRI DALAM BAHASA INGGERIS
Cubalah buat satu dua entri dalam Bahasa Inggeris. Jangan fikir kalau kita buat entri dalam Bahasa Inggeris, tidak akan ada orang yang ingin membaca. Kalau entri anda tulis itu menarik, sudah pasti akan ada orang yang sudi membacanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.