Tips cara memotong daging

Tips Memotong Daging

* Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.

* Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong melintang urat daging, jadi memotong searah urat daging akan menyebabkan daging yang sudah dimasak menjadi kenyal atau liat bila dimakan.

* Pada beberapa bahagian daging mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong melintang mengikuti arah urat daging tersebut.

Hilangkan Bau Daging

Cara pertama, dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa. Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata. Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula. Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan sahaja melembutkan tetapi bau hanyir daging turut hilang.

Tips Menyimpan Daging Beku

Kadang-kadang kita membeli daging beku di supermarket. Tetapi bayak perkara yang tidak kita ambil perhatian kerana daging yang beku ini sudah kurang banyak zat di dalamnya.So ada beberapa perkara perlu diambil berat adalah cara menyimpannya di peti sejuk, supaya daging tahan lama.

* Sebelum dimasukkan ke peti ais, bungkus rapat daging dengan plastik kedap udara.

* Simpan di freezer dengan suhu (idealnya) -18°C.

* Simpan dengan rapi, tidak terlalu sesak dan banyak.

* Jika ingin memasak daging tersebut, biarkan daging mencair di bahagian tengah peti ais (bukan freezer) dengan suhu menjadi -1°C. sampai +4°C. Jadi jika besok ingin memasak daging tersebut, sehari sebelumnya keluarkan daging yang beku di tempat yang tidak terlalu dingin, supaya tidak cair dengan tiba-tiba. Kerana perubahan suhu yang terlalu cepat boleh membuat gizinya hilang.

* Boleh cairkan daging dengan mengeluarkannya dari peti ais, atau dalam suhu bilik. Proses cairan memang cepat, tetapi waktu masak daging biasanya lambat.

* Cepat2 masak bila daging dah mencair dan lembut.

* Daging yang sudah dikeluarkan dari freezer untuk dimasak sebahagian (sudah mencair), sebaiknya tidak dimasukkan kembali ke dalam freezer lagi (dibekukan lagi).

* Jika kesemua tips ini dilakukan dengan cermat dan teliti, daging beku dapat disimpan selama 6 bulan.

Oleh: izhamjabari

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.