Malaysia telah merekodkan kes jangkitan pertama virus Zika selepas seorang wanita berumur 58 tahun dijangkiti wabak berkenaan Rabu lepas. Beliau dan suami telah melawat anak mereka yang dijangkiti virus Zika terlebih dahulu di Singapura pada 19 Ogos yang lepas. Kementerian Kesihatan berkata, wanita berkenaan telah menunjukkan simptom gatal-gatal pada 28 Ogos dan mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 30 Ogos yang lepas.
Pada hari yang sama, wanita berkenaan telah dirujuk ke Hospital sungai Buloh dan keputusan air kencing mengesahkan beliau telah dijangkiti oleh virus Zika. Jangkitan berkenaan dipercayai berlaku di Singapura memandangkan wanita berkenaan telah mengalami simptom penyakit berkenaan ketika di sana.
Advertisements