Tips membeli kereta terpakai

Perkara paling utama semasa membeli kereta terpakai ialah pastikan keadaan cuaca ketika itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

a) Pemeriksaan Luaran

Sila periksa pemegang pintu.
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang.
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat.
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat.
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat.
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik.

b) Pemeriksaan Enjin
Pastikan keadaan enjin mestilah bersih.
Pastikan enjin tidak diubahsuai.
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk.
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik.

c) Pemeriksaan Dalaman
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik.
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik.
Pastikan lantai tidak berkarat.
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak.
Pusingkan stereng ke kiri dan ke kanan.
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch.
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik.
Pastikan tali pinggang boleh dipakai.
Pastikan ‘jeck clan’ tayar simpanan berada dalam keadaan baik.

d) Cuba Memandu Dalam Masa 30 minit
Cuba hidupkan ‘switch’ tetapi jangan hidupkan enjin.
• Pastikan meter suhu bergerak.
• Pastikan lampu minyak enjin menyala.
• Pastikan lampu bateri menyala.
Cuba hidupkan enjin.
• Pastikan semua meter berfungsi dengan baik.
• Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox.
• Cuba matikan enjin dan hidupkan semula.
• Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah.
• Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran.
• Tiada masalah semasa penukaran gear.
• Cuba pusingkan stereng 360° darjah. Adakah ia mengeluarkan bunyi ?
• Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ia akan menguji sistem suspension.
• Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil.

e) Pemeriksaan Terakhir
Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.