12 Tips untuk Fresh Gradute yang Baru Bekerja untuk Beli Rumah

Bagi seorang yang bergelar fresh gradute,amat sukar bagi mereka menyimpan duit apabila sudah mendapat sesuatu perkerjaan.Dengan komitmen terhadap kelurga , hutang belajar yang perlu dibayar amat sukar untuk sesorang fresh gradute untuk memikir masa depan mereka dengan lebih dalam seperti membeli rumah.Kerana bagi seorang yang bergelar bujang,rumah adalah aset paling penting bagi mereka jika sudah berumah tangga.

12 tips yang dikongsikan kemungkinan dapat membantu anda semua yang bergelar fresh gradute untuk membeli rumah jika baru mula bekerja.

1. Fresh graduate yang baru mula kerja tu, awal-awal lagi dah kena rancang simpan 50% daripada gaji tau. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh, 10% pun takpa.

2. Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 2 tahun, dah ada RM24,000 dalam simpanan. Kalau anda buat, anda dapat. Tak buat, tengok je orang lain buat.

3. Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun kita sanggup. Takda matlamat kehidupan? Baca artikel ni sampai habis.

4. Dengan simpanan banyak tu, banyak benda anda boleh capai muda-muda ni. Lambat mula, lambatlah merasa kesannya.

5. Dengan RM24K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM160K. Ataupun 2 rumah yang berharga RM80K setiap satu. Memang boleh lulus.

6. Ataupun lagi bijak, buat sijil ASB Financing RM180,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan bayaran balik bulanan RM1,000. Bayar untuk 2 tahun saja.

7. Andaikan dividen diumumkan 7.25%. Pada tahun kedua anda terminate sijil tu, tunai keseluruhan yang anda dapat, RM32,000. Kaya wei. Kaya! Kali pertama pegang duit banyak.

8. Err. Okaylah tu kan. RM32K – RM24K = RM8K. Untung RM8K berbanding simpanan cara biasa. Tak faham pasal ASB Financing, saya ada bagi link kat ruangan komen. Klik dan baca.

9. Dengan RM32K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM210K. Atau dua buah rumah berharga RM105K setiap satu. Saya dah kirakan, anda layak. Jangan risau.

10. Lepas beli dua rumah tu, bolehlah anda beli kereta dan silalah kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tak payah risau, penyewa bayarkan.

11. Beli rumah pertama (subsale), bawah market value. Dapat cashback. Guna cashback beli rumah kedua pakai cara sama. Dapat cashback lagi, kahwin.

12. Mula kerja umur 23 tahun. Dua tahun kemudian umur 25 tahun dah ada dua rumah, kereta dan dah berkahwin. Subhanallah! Cukuplah tu.

Sumber : FB Harith Faisal

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.