5 Perkara yang Perlu Anda Lakukan Jika Pasangan Berjauhan

1) CEKALKAN HATI

Kecekalan hati amat penting bagi setiap pasangan yang duduk berjauhan. Ia amat diperlukan supaya kita tidak berasa sunyi bila pasangan tiada di sisi. Perasaan rindu akan bertandang di hati kerana insan disayangi jauh di mata.

Apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, kita perlu laluinya dengan cekal dan berdoa semoga suatu hari nanti kita dapat bersama dengan pasangan dan hidup dengan bahagia. Bagi yang berjauhan dengan pasangan atas sebab belajar, jangan jadikan keadaan tersebut sebagai alasan untuk anda tidak ‘perform’ dalam pelajaran. Jadikan ia sebagai penguat semangat agar anda dapat menamatkan pengajian dengan segera.

2) SETIA PADA PASANGAN

Kesetiaan adalah amat penting di dalam situasi taktala anda berjauhan dengan pasangan. Jangan ambil peluang untuk bersama orang lain ketika anda dan pasangan anda berjauhan. Ianya bukan tiket untuk anda menjalinkan cinta dengan insan lain ketika berjauhan dengan si dia. Tanpa sifat setia, rumahtangga akan goyah dan berkemungkinan besar akan berlakunya penceraian. Dikala sunyi, luangkanlah masa bersama kawan-kawan sejenis jantina, bukan mencari cinta yang lain.

3) JANGAN DENGAR FITNAH

Fitnah di alam rumahtangga sering berlaku. Ia sangat berbahaya lebih-lebih lagi dalam situasi kita berjauhan dengan pasangan. Kita akan lebih mudah percaya kepada fitnah disebabkan cerita yang dibawakan. Jangan ambil mudah dengan fitnah kerana mungkin ada individu yang cemburu melihat kebahagiaan kita, lalu mereka menyampaikan fitnah.
Justeru itu, sebelum mepercayai sesuatu berita yang disampaikan, anda perlu selidik terlebih dahulu dan yang paling penting kita perlu mempercayai pasangan kita lebih dari orang lain. Tetapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu ada rasa curiga, anda cuma perlu berfikiran rasional apabila berhadapan dengan situasi sedemikian serta tidak percaya kepada berita yang disampaikan secara bulat-bulat.

4) SELALU BERHUBUNG DENGAN PASANGAN

Apabila anda berjauhan, keraplah berhubung dengan pasangan anda. Gunakan teknologi yang wujud pada masa kini sebagai medium untuk anda berhubung dengan si dia. Kekerapan berhubung akan membuatkan pasangan anda lebih mengenali dan akan rasa dekat dengan anda walaupun hakikatnya berjauhan. Selain itu, anda juga boleh melepaskan kerinduan bila sentiasa berhubung dengan pasangan.

5) KUATKAN IMAN

Iman boleh menyebabkan pelbagai perkara yang negatif dapat dielakkan. Bila iman teguh, kita boleh menangkis segala godaan yang menaikkan nafsu. Bagi menguatkan keimanan kita, perbanyakkanlah amal ibadah dan doa agar hati kita tidak mudah berbolak balik terhadap pasangan. Apabila kita sentiasa beribadah, hati kita akan jadi tenang dan tidak mudah berasa kesunyian walaupun berjauhan dengan pasangan.

Oleh: Izhamjabari

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.