Petua Legakan Gusi Bengkak dan Berdarah

Punca Gusi Bengkak dan Berdarah:

1. Kebersihan Mulut
Kebersihan mulut merupakan faktor utama penyebab gusi bengkak. Selepas makan haruslah sentiasa gosok gigi kerana sisa-sisa makanan yang melekat boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan gusi menjadi bengkak.

2. Pemakaian Braces
Bengkak gusi terjadi bila braces di pakaikan terlalu dekat dengan gusi yang memberikan tekanan pada gusi.

3. Pemakanan Yang Tidak Sihat
Pemakanan yang sihat perlu di titiberatkan. Elakkan makanan yang mengandungi banyak gula.

4. Kekurangan Vitamin
Masalah gusi biasa dikaitkan dengan kekurangan Vitamin C. Vitamin C mudah hilang dari badan, jadi Vitamin C perlu di ambil dalam diet harian.

5. Kehamilan
Ibu hamil mengalami kekurangan zat dan gizi sebab ianya disalurkan kepada janin yang dikandungnya. Keadaan ini akan menyebabkan si ibu mengalami masalah gigi dan gusi.

Tanda Gusi Bengkak
• Mulut akan berbau busuk
• Gusi menjadi merah dan mudah berdarah apabila diberus atau mengunyah
• Gusi bengkak dan bernanah
• Gigi menjadi longgar dan terpaksa di cabut

Tips Mengubati Gusi Bengkak
1. Gunakan larutan air garam dan berkumur selama beberapa minit
2. Kumur dengan air perahan lemon
3. Bersihkan gigi dengan benang gigi atau flos
4. Ambil vitamin setiap hari
5. Urut gusi
6. Sapukan madu pada gusi yang bengkak 3 kali sehari
7. Banyakkan minum air putih
8. Kumur dengan air rendaman kunyit
9. Tampalkan umbut nenas yang dicampurkan dengan garam halus pada gusi yang bengkak

Oleh: izhamjabari

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.