Kerja atau Sambung Belajar

 

Selepas SPM,  pelajar tingkatan 5 sudah memasang angan-angan dan impian masing-masing. Ada di anatara mereka , mahu melanjutkan pelajaran di luar negara, ada yang mahu bekerja, ada yang mahu berkahwin, ada setengah mahu melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma, dan asasi. Namun, itu adalah hak individu dan pandangan masing-masing. Sama juga seperti kita melihat lukisan sebuah rumah, adakah pandangan kita sama terhadap rumah tersebut?

Masa terus berubah mengikut peredaran zaman. Ekonomi negara semakin lama semakin tidak menentu dengan masalah kejatuhan nilai ringgit, cukai yang membebankan walaupun dikhabarkan negara mencapai defisit mencecah 3%. Maka atas sebab itu, ada golongan yang berpendapat mahu bekerja pada usia pada usia muda kerana mahu mencari pengalaman kerja. Dan ada juga golongan yang mahu melanjutkan pelajaran kerana mahu mendapatkan pekerjaan dan tangga gaji yang lebih bagus. Itu adalah pilihan individu untuk menguruskan kehidupan masing-masing.

Ada golongan berpendapat belajar tinggi manapun kalau tidak mempunyai pengalaman kerja tidak guna juga, Ya! Zaman sekarang majikan lebih memandang pengalaman kerja seseorang berbanding seorang graduan yang baru bergraduasi. tapi, tahukah golongan luar ini, pelajar yang menyambung belajar juga membuat part time kerja seperti kerja kilang ketika cuti semester dan juga membuat bisnes part time yang lain. Sambung blajar juga tidak menghalang pelajar daripada bekerja kerana tiada satu akta pun melarang pelajar daripada pekerja ketika di universiti. Maka, seharusnya golongan pelajar menimba dan mencari pengalaman kerja sendiri ketika di zaman universiti biarpun kerja kilang.

Sambung belajar juga mempunyai kelebihannya sendiri. Sebagai contoh, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menggariskan panduan memilih pekerjaan mengikut kelayakan. Malah tangga gaji juga akan meningkat mengikut kelayakan akademik kita. Jawatan-jawatan semestinya dipelopori oleh golongan yang mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda ke atas. Seorang pegawai haruslah mempunyai kelayakan ijazah sarja muda sekurang-kurangnya serta setengah jawatan dalam SPA memerlukan peperiksaan am. Oleh yang demikian, sambung belajar itu dapat menjamin kestabilan kita pada masa akan datang.

Ramai yang tidak tahu, ketika sambung belajar ke peringkat lebih tinggi seperti ijazah sarjana penyelidikan dan doktor falsafah, para pelajar akan  dilantik menjadi penolong penyelidik untuk menjalankan kajian. Kajian-kajian yang berimpak tinggi mampu menarik minat para penyelidik negara luar untuk bekerjasama dengan pelajar ini. Ada setengah pelajar yang dilantik menjadi penyelidik luar negara kerana impak penyelidikan mereka yang memberi kesan kepada dunia. Bayangkan, jika pelajar tersebut pekerja di Amerika Syarikat, sudah tentu gajinya dalam mata wang dollar bukan?  Setengah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah akan diserap menjadi post-doctoral oleh pusat penyelidikan atau universiti mereka apabila tamat PHD mereka kelak. Gaji untuk seorang post-doctoral adalah RM6,000 sebulan. Bayangkan, jika pelajar tersebut tamat PHD pada usia 27 tahun, pada usia semuda itu dia sudah mendapat tangga gaji RM6000 sebulan. Itu belum gaji apabila menjadi pensyarah kanan, profesor, dan profesor emiratus lagi, sudah tentu berlipat ganda gajinya.

Sambung belajar atau tidak ia adalah pilihan individu itu sendiri untuk “survive” pada eonomi yang mencabar ini. Tidak semua benda akan terus mendapat hasilnya di depan mata, sama juga seperti bekerja pada usia muda untuk mengutip pengalaman. Sama juga seperti belajar yang memerlukan pengalaman untuk menjalankan penyelidikan. Tidak perlu menghina golongan yang mahu menyambung belajar, kerana dalam hadis nabi ada menyebut satu langkah jalan untuk menuntut ilmu, adalah satu tapak ke syurga baginya. Selamat menuntut ilmu dan selamat beramal!

Oleh: Amirul Syafiq

Advertisements