6 Tips Menjadi Ibu Yang Baik Untuk Anak Lelaki

Seorang ibu memiliki peranan yang sangat penting dalam perkembangan mental serta emosional seseorang kerana kasih sayang dan lemah-lembutnya tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun. Dalam setiap rumah tangga, peranan ibu sangat diperlukan. Sebaik-baik mana pun seorang ayah, dia tidak akan bisa menggantikan peranan manusia yang bergelar ibu. Kepekaan, kasih sayang dan kelemah-lembutannya adalah anugerah Ilahi yang tidak dimiliki oleh seorang lelaki. Bagi anak-anak, kerana kesabaran dan kepekaannya, ibu sering menjadi tempat untuk mencurahkan segala beban, ujian dan permasalahan hidupnya.

Karakter seorang ibu sangat penting bagi setiap anak, baik anak perempuan mahupun anak lelaki. Namun khususnya bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertama dan sejatinya yang dapat mendidiknya untuk menjadi peribadi yang penuh kasih dan bertanggung jawab. Berikut adalah cara-cara yang dapat anda gunakan sebagai panduan untuk menjadi ibu yang baik bagi anak lelaki anda.

1. Ajarkan mereka tentang kesabaran dan kecekalan.

Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, anda harus tanganinya dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu dapat menjadi contoh yang nyata bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar dan cekal, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda secara tidak langsung supaya suatu hari nanti mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya.

2. Ajarkan mereka menjadi lemah-lembut.

Seorang anak lelaki yang membesar tanpa kehadiran seorang ibu kebiasannya akan menjadi seseorang yang kasar dan kurang peduli terhadap dirinya sendiri, tidak menghargai orang lain serta masyarakat sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam setiap perbuatan mereka, tanpa harus menghilangkan ketegasan seorang lelaki.

3. Jadilah agen penyatu

Jadilah agen penyatu dalam kehidupan mereka. Terkadang di dalam rumah tangga, konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak dapat dielakkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral (tidak menyokong sesiapa). Jadilah pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak anda dengan adik-beradiknya yang lain. Secara singkat jadilah penyatu untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerja sama dengan baik.

4. Sokonglah dia

Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan ujian, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta sokongan semangat agar anak anda memiliki keyakinan dan optimis bahawa setiap satu masalah itu pasti akan ada jalan keluarnya.

5. Jadilah penasihat yang baik.

Seorang anak akan bimbang ketika pergi mengambil keputusan peperiksaan besar untuk yang pertama kalinya. Peranan anda di sini sangat diperlukannya, berikanlah nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya pada diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan dia bakal terima. Yakinkan dia bahawa apa pun keputusan yang diterima, itu adalah yang terbaik buat dirinya.

6. Menjadi seorang yang berani

Sebagai seorang wanita, anda juga harus berani dalam melakukan berbagai aktiviti. Kadang  anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja.

Advertisements