Aku Solat, Mengaji Tapi Banyak Masalah

Aku solat, aku mengaji tiap-tiap malam. Solat sunat aku tak pernah tinggal, tapi kenapa Allah tetap timpakan masalah pada aku? Rakan serumah aku sendiri tak pernah solat, mengaji apatah lagi tapi tak pernah ada masalah aku tengok. Malah bahagia sebab ada teman lelaki, anak orang kaya, minta apa sahaja mesti akan dapat. Tapi kenapa Allah tak datangkan kepada dia ujian seperti mana aku hadapi?

Setiap manusia akan mengalami masalah seperti ini bukan? Rasa diri sudah melakukan yang terbaik, tetapi ada sahaja masalah yang datang menimpa. Sentiasa berdoa kepada Allah, tetapi Allah tetap memilih kita untuk menerima ujian-ujiannya. Sedangkan yang sering meninggalkan amal kebajikan kepada Allah, menjalani kehidupan yang bahagia. Ketika itulah, hati kita akan berbolak balik dek kerana terlalu memikirkan tentang hal ini.

Tahukah anda bahawa orang yang sentiasa menerima ujian Allah itu adalah orang yang dikasihi Allah? Allah menguji adalah untuk mengetahui sejauh mana keimanan kita.  Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran, Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan mereka. Maksud istidraj di sini adalah mereka bahagia melakukan kemungkaran kerana menganggap bahawa Allah telah menakdirkan hidup mereka begitu bahkan mereka semakin lalai dengan segala kemungkaran yang mereka lakukan. Hal ini berlaku adalah kerana Allah terus memberikan kelalaian kepada  mereka supaya mereka terus lalai dengan kenikmatan dunia yang palsu ini.

Sebenarnya kadang-kadang Allah memberikannya kemewahan dan nikmat hidup ini adalah kerana Allah ingin menghancurkannya. Jadikan kisah Firaun sebangai satu pengajaran. Allah memberi nikmat kesihatan kepada Firaun. Firaun tidak pernah sakit walaupun bersin. Oleh kerana keangkuhannya, Firaun bongkah dan menganggap dirinya sebagai tuhan. Disebabkan keangkuhannya itu, Allah telah membinasakannya.

Tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan Allah, bukanlah untuk berlumba-lumba dalam mencari dosa. Sebaiknya berlumba-lumba mencari dan mengumpul pahala untuk hari akhirat. Nikmat yang Allah beri pada setiap manusia adalah nikmat yang perlu kita syukuris. Bila tujuan hidup kita mencari keredhaan Allah, maka selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.