Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Appendiks

Jika mengalami sakit perut yang teruk di bahagian kanan, jangan biarkan ianya berlarutan sebab berkemungkinan besar anda mengalami apendik. Sakit appendik dikenali sebagai sakit penyakit appensitis. Appendik adalah anggota yang tidak berguna di dalam badan. Penyakit ini terjadi apabila appendik ini terkena jangkitan.

Faktor Penyebab Jangkitan?

a)       Makanan yang tersumbat

b)       Pembuangan najis yang tidak lawas

c)       Jangkitan cacing

d)       Makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein

e)       Tidak mengambil makanan harian yang seimbang

Terdapat lebih kurang 60 hingga 80 peratus pesakit yang mengalami sakit appendik adalah dalam linkungan 20 hingga 30 tahun. 99 peratus pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit di bahagian kanan. Selain itu, pesakit juga akan mengalami demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta bepeluh.

Apabila appendik terkena jangkitan, ianya akan membengkak dan paling merbahaya apabila appendik tersebut pecah. Apabila appendik pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di dalam appendik boleh merebak ke kawsan usus. Perlu diingatkan, penyakit ini boleh membawa maut.

 

Jenis-jenis Rawatan

1. Diagnosis

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas perut anda dengan menekan sedikit bahagian yang sakit. Ujian darah dan sinar X juga mungkin dilakukan bagi memastikan tiada penyakit lain yang menyerupai simptom-simptom apendisitis.

2. Rawatan Pembedahan

Menerusi pembedahan apendektomi secara terbuka, apendiks yang panjangnya 5 hingga 10 cm akan dibuang pada peringkat pangkal. Luka torehannya adalah di antara 3 hingga 5 sentimeter, bergantung kepada tahap kegemukan atau obesiti pesakit.

Bagi sesetengah kes yang menyerupai apendisitis di mana apendisitis masih belum pasti, doktor menggunakan kaedah laparoskopi untuk membuat diagnosis. Kaedah ini akan meninggalkan parut yang tidak menghodohkan dan akan lebih cepat sembuh

 

Selepas Pembedahan

Kebiasannya pesakit akan mendapat cuti selama 2 minggu dan akan dibekalkan dengan ubat antibiotik dan ubat penahan sakit. Pesakit juga akan mendapat rawatan susulan sebanyak sekali atau dua kali bergantung kepada keadaan.

Antara masalah yang dihadapi selepas pembedahan, anda tidak boleh gelak  terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan senak dan sakit di tempat yang telah di bedah. Bahkan jika anda mahu bersin dan batuk juga akan terasa sakit. Perkara yang paling penting adalah anda  perlu pantang dari segi pemakanan supaya luka pembedahan dapat pulih dengan segera.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.