5 Kebaikan Kahwin Muda Di Usia 21 Hingga 25 Tahun

Berkahwin di usia muda bukanlah perkara yang baru dan tidak elok dalam masyarakat kita sekarang. Antara kelebihannya ialah ianya dapat mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti maksiat, pergaulan bebas dan lain-lain.

Berikut adalah beberapa kelebihan menikah di usia muda :

1. Mencari kelainan hidup bersama
Menikah di usia muda, anda memiliki rasa semangat yang mendebarkan hati dan tak mudah lelah walaupun banyak dugaan yang pelu anda lalui bersama. Anda dan pasangan boleh menghadapi kehidupan bersama-sama dengan menyelesaikan masalah di usia muda dengan cepat. Merasakan manis, asam, masin dari segala hal yang dijalani berdua. Anda juga bole menjelajahi dunia berdua dan menikmati hidup dengan pasangan di masa muda.

2. Lebih semangat dalam mencari rezeki
Ketika menikah, lelaki dituntut untuk menafkahi isteri dan keluarganya. Oleh sebab itu, lelaki akan lebih bertanggungjawab dan semakin kuat bekerja setelah menikah. Lebih-lebih lagi usia yang muda membuat dia lebih bersemangat mencari pendapatan sendiri.

3. Memiliki masa & tenaga lebih banyak untuk membesarkan anak
Pasangan muda umumnya masih mempunyai tenaga lebih untuk membesarkan anak. Ketika anak meningkat dewasa, anda masih mempunyai usia yang nampak muda yang boleh mengajarkan anak bagaimana menjadi orang dewasa. Perbezaan usia yang tidak terlalu jauh dengan anak juga boleh membuat orang tua lebih dekat dan menjadikan hubungan tidak sekadar antara orang tua dan anak tetapi juga seorang teman.

4. Matlamat kehidupan lebih jelas
Berada di usia 21-25 tahun merupakan masa perubahan dari seorang yang masih memiliki jiwa kanak-kanak menjadi seseorang yang lebih dewasa. Dengan emosi anda dan pasangan yang masih dalam masa transisi, ianya akan pasti menjadi satu tempoh pembelajaran bernilai untuk sama-sama mengharunginya.

5. Usia yang lebih matang
Awal 20-an merupakan usia yang paling sesuai untuk kita menjadi lebih matang. Tidak hanya pada aktiviti seharian tetapi organ kewanitaan juga telah berkembang secara sempurna. Tubuh muda yang aktif akan sangat membantu anda untuk mempercepatkan proses kehamilan.
Sumber : Aliffchannel

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.