Kenapa Rambut Kita Gugur

Rambut adalah tisu yang yang paling cepat tumbuh pada tubuh. 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa. Secara amnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (rambut hitam), 80,000 rambut merah) dan 120,000 (rambut perang). Sebanyak 90% tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10% lagi ‘berehat’. Ia dianggap perkara normal jika 100 helai rambut gugur setiap hari.

Faktor yang biasa menyebabkan masalah keguguran rambut adalah penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan hormon juga menjadi penyebab kepada masalah keguguran rambut. Hampir 50% dalam kalangan lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun. Kebanyakan wanita pula akan mula mengalami masalah keguguran rambut apabila sudah monopous.

Dalam kaji selidik pengguna peringkat global, mendedahkan bahawa masalah keguguran rambut adalah satu daripada lima kebimbangan tertinggi di dunia. Di Malaysia, masalah keguguran rambut ialah masalah nombor satu yang dihadapi oleh wanita. Kebimbangan mengenai masalah ini tidak terhad kepada wanita yang lebih tua tetapi juga yang berumur dari belasan tahun. Bagi wanita yang mengalami masalah ini, mereka akan menghadkan gaya rambut sekadar yang boleh diterima pakai seperti mengikat dan memotong pendek.

Wanita secara puratanya kehilangan 100 hingga 150 helai rambut sehari iaitu lebih kurang 0.1 peratus. Kajian Dove mendapati bahawa keguguran rambut yang berlebihan adalah satu isu rahsia yang enggan dikongsi wanita akibat malu atau segan. Kerisauan keguguran rambut mungkin mengakibatkan kurangnya keyakinan diri dan menyukarkan wanita daripada mendapatkan rambut yang cantik dan kuat.
Rambut Gugur Selepas Bersalin

Ketika hamil, hanya sedikit rambut berada dalam keadaan rehat, maka hanya sedikit sahaja rambut yang akan gugur. Oleh itu semasa hamil, rambut biasanya akan lebih lebat, tebal dan sihat. Selepas ibu bersalin, tahap estrogen mula menurun dan kembali kepada paras yang normal. Di dalam situasi ini, semakin banyak rambut akan masuk ke fasa ‘berehat’ dan yang demikian itu, lebih banyak rambut yang akan gugur. Ibu yang bersalin akan mengalami keguguran rambut disebabkan perubahan hormon dan ia adalah sesatu yang normal. Kebiasannya, keadaan rambut gugur akan kembali normal dalam tempoh 6-12 bulan. Sesuatu yang penting perlu anda tahu adalah penyusuan ibu tidak mengakibatkan keguguran rambut.

Tips Atasi Rambut Gugur

Keguguran rambut boleh diatasi dengan beberapa cara. Antara tips yang boleh diamalkan adalah:

1) Elakkan penggunaan syampoo yang menandungi bahan kimia berlebihan. Penggunaan syampoo yang berasaskan bahan semulajadi dan tiada campuran bahan kimia amatlah digalakkan.

2) Amalkan nutrisi penting untuk rambut seperti mengambil makanan tambahan yang mengandungi sumber protein dan mineral untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.

3) Gunakan sikat yang lembut dan sisir sikat yang jarang agar rambut tidak mudah putus. Elakkan menyikat rambuh yang masih basah.

4) Potong rambut jika tiada masa untuk menjaganya agar ia mudah diurus.

5) Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.