5 Sebab Orang Dulu-Dulu Kahwin Tahan Lama & Bahagia

Tentu ramai tertanya-tanya , kenapa perkahwinan orang dulu-dulu selalu bahagia dan tahan lama walaupun tidak pernah bercinta atau berjumpa pun sebelum bernikah.

Jika dibandingkan pada zaman sekarang,isu cerai sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat seharian.
Jadi bagaimana perkahwinan orang dulu-dulu boleh bertahan? Jawapan yang diberikan oleh seorang ibu Salbiah Wir, dari Kota Singa kepada anaknya ini mungkin anda dah selalu dengar.

1. Perkahwinan dulu tak ada cinta/dating
Ramai yang mudah jemu bila bercinta. Kebanyakan anak muda sekarang bercinta sebelum kahwin. Tapi sebenarnya bercinta selepas kahwin lebih indah dan rasa cinta lebih kuat.

2. Orang dulu berkenalan dengan saudara mara lepas sanding bukan pergi honeymoon
Kalau nak rumahtangga bahagia, tambat hati keluarga pasangan barulah aman hingga ke akhir hayat. Orang sekarang lepas kenduri je terus pergi honeymoon. Sampai saudara belah pasangan pun tak kenal. Habis buruk imej.

3. Nak bahagia bukan senang kena ada 3 perkara ini
Tambah wanita berkenaan, nak cari bahagia rumahtangga bukan senang. Kena ada 3 perkara ini iaitu sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta), wa rahmah (kasih sayang). Tiga perkara ini kalau kita ada, insya-ALLAH aman rumah tangga.

4. Ingat Allah kerana Dia beri kebahagian rumahtangga
Anak muda sekarang lebih mengejar dunia dari akhirat. Ingat pada ALLAH kerana Dia yang memberi kebahagiaan itu. Kalau dah datang bahagia, jangan abaikan. Rumah tangga kita itu, jagalah baik-baik.

5. Tiada campur tangan ibu bapa
Sekarang ni ramai ibu bapa jadi penasihat dalam rumahtangga anak-anak. Kalau boleh, ibu bapa hanya beri nasihat, tak perlu campur urusan rumah tangga anak-anak. Ia hanya memburukkan keadaan dan boleh menyebabkan perceraian.

“Renung-renung kembali jika anda ingin miliki rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat.”

Sumber : Sinar Harian

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.