Coretan Si Isteri (Episod 1) : Bercinta 8 Tahun, Perkahwinan Bertahan Selama 6 Bulan Sahaja

Perkahwinan saya hanya mampu bertahan selama 6 bulan dan hanya sebulan saya menetap bersama suami di rumah sewa kami.  Kami telah berkawan hampir 8 tahun dan sepanjang persahabatan kami pernah putus dan sambung beberapa kali gara-gara sikap panas baran, kongkong, mengambil kesempatan dan obsessi suami terhadap saya.

Saya isteri yang menghidap penyakit endometrosis dan adenomyoma cyst sejak berumur 16 tahun lagi dan hanya telah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lepas. Kami telah berkahwin pada bulan Febuari 2015 dan bercerai pada September 2015.

endometriosis

Bekas suami di awal perkahwinan kami, dia tidak memberi nafkah dan tidak menyediakan tempat tinggal untuk saya. Alasan, tidak berkemampuan. Saya terima dengan hati terbuka dan masih memberinya masa untuk mengumpul duit bagi menyewa rumah.

Perkahwinan kami juga diadakan secara ala kadar tapi sejujurnya saya tidak kisah walaupun kedengaran suara-suara sumbang mengata tentang majlis kami. Sebetulnya suami berjanji untuk memberi hantaran sebanyak 12k tetapi hakikatnya dia hanya mampu memberi 4k sahaja. Alasan dia adalah kerana saya tidak sihat dan polisi insurannya cover penyakit  saya sebagai isteri. Pembedahan ke atas saya juga perlu dilakukan dengan secepat mungkin. Balance hantaran 8k akan diberi setelah selesai sahaja pembedahan dan apabila saya sihat sediakala jangkaannya di sekitar penghujung tahun 2015. Itu yang dia janji. Ternyata janji ini dia mungkiri.

Artikel Berkaitan : Coretan Si Isteri (Episod 2) : Aku Sedang Sakit Sangat, Suami Menonton Movie Buat Tak Tahu

Saya tidak bekerja selepas saya berkahwin disebabkan masalah kesihatan dan sepanjang perkahwinan ibu bapalah yang menyara saya.  Disebabkan kami tidak mempunyai rumah, kami selalu berulang alik dari hospital ke rumah mentua di Selangor.

Suami sangat mementingkan keluarganya dan ibu mertua, saya akui saya sangat menghormati dan menyayanginya kerana sikapnya itu. Tapi kadang-kadang saya tidak diberi nafkah dan saya hanya mendiamkan diri walaupun ibu sering tertanya-tanya tentang pemberian nafkah suami.

Sejujurnya saya sangat malu. Suami seringkali memberitahu tidak mempunyai wang yang cukup walhal baru mendapat bonus sebanyak 7k ketika itu.  Saya tidak tahu dan hanya dapat tahu apabila saya curi-curi melihat jumlah apabila dia mengeluarkan duit dari atm. Kebetulan. Saya hanya mengusiknya. Suami sangat marah ketika itu. Saya hanya mendiamkan diri terasa sedikit ralat dan kecewa. Saya menasihati dia supaya wang tersebut disimpan untuk kegunaan deposit rumah sewa kami. Saya tidak sanggup lagi duduk dengan mertua atau family saya lagi. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah kami susah senang bersama ibarat makan lauk kicap pun orang luar tak kan tahu.

Lagipun hari pembedahan saya semakin hampir, Prosedur yang akan saya lalui sama seperti prosedur melahirkan anak. Takkanlah saya nak ulang alik dari Perak ke Selangor.

Hal yang sangat merungsingkan saya benar-benar terjadi. Allahuakbar. Selepas keluar wad saya menumpang di rumah mertua. Nasib baik ketika itu ada bilik, rumah mertua hanya ada 3 bilik. Satu bilik digunakan oleh biras saya dan dua bilik lagi untuk mertua dan adik ipar. Bilik yang saya gunakan adalah bilik kakak ipar yang kebetulan tidak balik waktu itu. Jauhnya hospital (Subang) ke rumah mertua (Tg Karang) dengan melalui jalan-jalan yang berlubang. Azabnya ketika itu, selang 3 hari selepas keluar wad saya perlu berjumpa doktor lagi.  Hari yang sama dengan majlis konvokesyen adik ipar. Semuanya bermula di sini…

Ikutkan hati saya sanggup tunggu di hospital dari pagi hingga ke petang. Kami datang awal untuk ambil nombor dan giliran saya adalah di sebelah petang. Suami mengajak saya pergi ke majlis konvokesyen adik ipar dahulu. Saya hanya terdiam, keadaan saya ketika itu begitu teruk dan terasa sakit untuk berjalan mahupun berdiri.  Sepanjang perjalanan dalam kereta ke uitm hati saya berbelah bahagi, tetapi suami saya begitu teruja dengan adik kesayangannya. Saya tidak sampai hati. Saya membiarkan sahaja. Mungkin saya boleh duduk di dalam kereta sahaja tanpa perlu keluar. (menyedapkan hati sendiri)

Namun, setibanya di sana..Allahu parking kereta jauh di seberang bukit. Saya tersenyum dan saya cakap tak pe..awak boleh pergi sendiri saya tunggu dalam kereta. Malangnya suami tidak memahami keadaan saya, dia memaki hamun saya.  Saya menangis tidak semena-mena saya dipaksa keluar dan dia tidak pula memimpin tangan saya. Dia hanya merungut memarahi apabila melihat saya berjalan terlalu perlahan. Ramai yang menyaksikan gelagat suami, saya malu dan terus melangkah perlahan-lahan mengekori suami. Saya terus-terusan dimarahi suami seolah-olah saya banyak menyusahkan dia. Kereta yang kami guna adalah milik saya. Suami tidak memiliki kereta dan rumah, hanya motor EX5 sahaja. Kereta yang saya sayangi, saya jaga, dia hempas pintu kereta dengan kuat, bergegar kereta. Allahuakbar.

Perasaan saya ketika itu sangat sedih dan saya menangis tanpa henti. Betapa sakitnya hati ini. Terasa diri tidak disayangi.

(Bersambung)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.