Kanak-kanak Maut Patah Tengkuk Terkena Hentakan Beg Udara

Kejadian yang mengejutkan berlaku di Besut, Trengganu apabila seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut terkena beg udara selepas kereta yang dipandu bapanya melanggar belakang kereta di hadapan. Kejadian itu berlaku pada pukul 12.30 tengahari dan Muhammad Syawal Amsyar Mohd Fakhruzi disahkan meninggal sebaik tiba di hospital.

Mangsa yang duduk di kerusi hadapan bersama-sama  dengan ibubapanya dalam perjalanan ke Jertih apabila kemalangan itu berlaku. Mangsa dikatakan memakai tali pinggang keledar dan berdiri di atas kerusi namun disuruh duduk oleh bapanya. Sejurus selepas itu kereta di hadapan tiba-tiba membrek dan lalulintas ketika itu agak sesak. Disebabkan jarak kereta terlalu dekat, bapa mangsa terlanggar kereta di hadapan.

Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua beg udara terbuka dan mengenai mangsa. Kesan hentakan beg udara tersebut menyebabkan tulang tengkuk mangsa patah dan disahkan meninggal dunia di hospital setelah tidak sedarkan diri. Kedua ibu bapa mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.