Dalam Dunia Moden Masih Ada Sihir Pengasih

Dalam dunia serba canggih sekarang tak sangka masih ada sikolot mengambil jalan pintas dengan menggunakan sihir untuk mendapatkan sesuatu bagi memuaskan hati setelah apa yang diingini tak dapat dimiliki.

Sudah terang-terang sihir itu merupakan khurafat yang salah disisi agama malah lama-lama jika berterusan akan memakan diri sendiri.
Suatu masa dulu tak pernah dia terfikir semua ini terkena kepada diri sendiri.malah tak pernah menyangka pun ada orang yang begitu memusuhinya.mana tak nya dia tak punya apa-apa pun untuk orang itu begitu sakit hati.

Bermula dengan dia selalu sakit batuk berdarah berterusan, bila ke klinik dikata dia hanya batuk biasa.kerjanya selalu terjejas kerana sering tak sihat nasib bos tempat kerjanya begitu memahami.lama-lama dia begitu parah setelah dia selalu bermimpi jatuh dari tempat tinggi, ke tempat yg kotor, selalu berada dikubur dan juga dibelit ular hitam.Bila dia tersedar dari tidur nafasnya turun naik badannya panas sangat terutama didada.

Dia mula terfikir apa sebenarnya berlaku?
Dia binggung dan tak dapat mencari jawapan.
Bila dia solat pun dia tak kusyuk kerana seluruh badan gatal-gatal.
Akhirnya dia terkulai layu bila setiap kali diserang oleh entah apa-apa.
Dia nak cerita pun tak tahu macamana.

Melihat akan keadaan itu, dia dibawa balik ke kampung dan dijaga oleh pakciknya.
Pakciknya bawa dia jumpa seorang ustaz pondok kat kampung.Disitulah semuanya terungkai rupanya dia telah terkena sihir pengasih.Ada manusia yang tak bagi dia berkahwin malah dibenci oleh sesiapa sahaja yang memandangnya.Dia hanya boleh sembuh bila dia kembali kepada orang itu kerana orang itu terlalu ingin dia sahaja.Orang itu bekas suaminya.Allahuakbar.

Artikel Berkaitan : Perkenalan di Media Sosial, Kerana Rupa Kau Tinggalkan Aku

Satu tahun lebih dia berubat akhirnya dia sembuh dan memperbanyakkan amalan kepada Allah swt agar dibekalkan dalaman yang kuat menghalang apa-apa yang datang terutama yang berniat tak baik.
Alhamdulillah …tanpa dendam didada dia memaafkan orang itu dan dia berdoa agar diberi hidayah oleh-Nya.Ameen
Sekuat-kuat manusia adalah sekuat-kuat doa orang yang disakiti dan dianayai.Allah maha mengetahui sedangkan kita tak.
Jangan mengikut nafsu yang dihasut syaitan nim rojim…kelak binasa diri.
Arie

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.