Coretan Si Isteri (Episod 2) : Aku Sedang Sakit Sangat, Kau Menonton Movie Buat Tak Tahu

Tiada ayat-ayat cinta yang dikeluarkan dari bibir suami hanya pandangan benci yang diberikan kepada saya. Selesai sahaja majlis konvo, saya terlihat adik ipar tersenyum gembira bersama mertua dan biras saya. Adik mengajak saya keluar untuk berborak tapi saya masih menangis tak mampu menahan sedih ketika itu. Suami masih marah dan tidak mahu bercakap. Mungkin dia anggap saya tidak menghormati ibu mertua dan keluarganya. Walhal mereka tahu keadaan saya lemah. Saya mendiamkan diri dan suami masih begitu tetap tidak pedulikan saya.

Hal ini tidak terhenti di situ sahaja. Selama saya menetap bersama suami di rumah sewa, hampir setiap hari kami bergaduh begitulha kehidupan kami selama sebulan. Saya bahagia walaupun berendam air mata kerana sesungguhnya saya sangat menyayangi suami saya.

Saya sanggup tahan sikap panas barannya namun ada satu perkara yang membuatkan kami sering bertengkar. Suami kalau boleh setiap minggu mengajak saya pulang ke rumah mertua.  Saya bukan tidak mahu mengikut kehendaknya. Saya malu di sebabkan saya sakit. Saya takut saya tidak mampu melayan ibu mertua dan adik-beradik ipar dengan sebaik mungkin.  Masa saya sakit operation dulu saya hanya mampu terbaring sahaja. Dan adik ipar ada menegur saya kenapa saya hanya terperap dalam bilik. Bukan saya tidak mahu bergaul dan bukan pula saya 24 jam terbaring dalam bilik. Bila saya kuat saya akan keluar berborak dengan mereka. Seperti wanita berpantang begitula saya perlu menjaga diri.

Saya tidak selesa bahkan aurat saya tidak terjaga.  Adik-beradik ipar kebanyakannya lelaki dan bapa saudara suami sentiasa datang menjenguk. Saya bukanlah jenis perempuan yang alim tapi seboleh-bolehnya saya mahu menjaga diri walaupun saya ketika itu tidak mampu menguruskan diri sendiri.  Memang ramai di dalam sebuah rumah yang agak kecil.  Kalau nasib baik saya dapat bilik, kalau tidak langsung tiada bilik.

Kenapa saya kata tidak selesa di sebabkan saya tidak sihat dan keluarga mertua paling lewat tidur dalam pukul 1-2 pagi. Kadang-kadang abang ipar akan tidur di ruang tamu. Kadang2x suami balik masa tak sama dengan abang ipar. Abang ipar saya seorang pomen yang bekerja di tengah malam kadang-kadang tak tentu masa dia balik. Begitu juga dengan suami, suami banyak membantu abang ipar pada hujung minggu dan ada masanya abang ipar balik rumah dan suami pula yang tak balik tidur di bengkel.

Berbalik pada masalah tadi, saya tidak pernah menghalang suami jika dia mahu pulang sendiri ke rumah mertua.  Tapi dia tidak mahu meninggalkan saya, katanya dia tak mahu saya duduk berseorangan di rumah dan dia sebolehnya tidak mahu berjauhan dari saya. Saya penat berdebat dan saya sekali lagi mengalah. Kami memang kesempitan wang dan salah satu sebab saya tidak mahu balik selalu kerana saya tahu suami saya seorang anak, adik dan abang yang baik terhadap keluarganya.

Sekiranya ada di antara mereka yang tidak cukup duit, suami selalu menghulur walhal dengan saya apa yang saya pinta tidak dapat dipenuhi dan suami sering menasihati saya supaya berjimat.  Dan saya juga tidak mempunyai wang langsung.  Suami hanya akan beri bila saya minta beli barang dapur sahaja. Lain-lain keperluan jarang dapat dipenuhi. Saya faham.

Perkara yang paling teruk terjadi pada satu malam, saya sakit sangat saya meminta suami untuk membelikan ubat. Waktu itu dia sedang asyik menonton movie dari selesai magrib sehinggalah pukul 1o lebih.  Saya merajuk tapi saya pendam dan saya meminta izin darinya untuk keluar membeli ubat. Suami berjanji habis sahaja satu movie dia akan keluar membelikan malangnya tidak, dia menyambung lagi menonton movie yang lain. Saya geram juga melihatnya tapi seperti biasa saya mendiamkan diri menunjukkan protes. Saya keluar sendiri membeli ubat. Balik sahaja ke rumah suami masih berkeadaan begitu. Setiap hari begitulah keadaannya menonton movie sehingga larut malam walhal esoknya dia bekerja.

Seminggu jugalah dia berkeadaan macam itu dan tidak mandi selepas balik dari kerja. Dalam bilik pula tidak terus tidur dia masih menyambung aktiviti online facebook pula. Setiap hari begitu, orangnya sangat pendiam tapi apabila dengan keluarga dan sahabat handai dia menjadi seorang yang peramah dan periang.  Saya cemburu, sunyi dan saya tak mintak banyak saya hanya mahu dia mengaggap saya seperti kawan baiknya.

Saya teringin melihat suami senyum gembira di samping saya dan membuatkan saya ketawa bersamanya.  Adakah dia jemu melihat saya? Perasaan saya tertanya-tanya sehingga waktu itu, saya gagal mengawal perasaan saya, saya menyoal suami adakah dia mempunyai perempuan lain? Di sebabkan itu dia tidak lagi menyayangi saya? Suami menjawab dengan agak kasar ‘KO, JANGAN SAMPAI AKU CARI PEREMPUAN LAIN, NANTI AKU BUAT BETUL-BETUL BARU PADAN DENGAN MUKA KO’.

Artikel Berkaitan : Coretan Si Isteri (Episod 1) : Bercinta 8 Tahun, Perkahwinan Bertahan Selama 6 Bulan Sahaja

Hari-hari perkataan marah yang dikeluarkan ko dan aku..bodoh, dan macam-macam cacian lagi terpaksa saya hadap. Sekali itu, memang saya geram dan saya balas ‘Kalau awak nak cari perempuan lain, boleh tapi dengan syarat awak ceraikan saya’. Lepas je saya cakap begitu suami terus menghadap saya dan menunjal-nunjal kepala saya berkali-kali, menumbuk kepala lutut saya dan menyiram air di badan saya. Syukurlah bukan air panas tapi saya agak terkejut juga dan takut seolah-olah bukan suami yang berada di hadapan saya.

Suami kadang-kadang lupa marah dan tindakan dia terhadap saya.  Bila saya meminta tolong membelikan ubat dia lupa yang dia memaki hamun yang saya ini menyusahkan dia.  Terasa suami macam ada split personaliti iaitu 2 karakter yang berbeza. Bila dia sedar dia sayang sangat dengan saya. Bila dia mengamuk pantang salah sikit habislah saya.  Saya selalu mengurungkan diri dalam bilik bila suami berkeadaan pelik.  Suami tidak meminta maaf atas segala perbuatan dia. Suami selalu menganggap dia melayani saya dengan baik sebagaimana dia menceritakan pada family saya sebelum kami bercerai. Tidak pula dia menceritakan perihal baran dan hampir memukul saya tiap kali gaduh.

Saya rungsing. Berbagai cara saya buat untuk mengambil hati suami walhal saya yang kecewa. Saya selalu beralah demi suami.

Hubungan saya dan keluarga mertua bertambah buruk disebabkan berlakunya salah paham. Saya akui saya buntu saya menceritakan perihal suami pada abang ipar dan ibu mertua.  Saya takut sikapnya yang baran dan mood yang berubah-ubah.  Saya minta tolong family mentua menasihati suami.  Dan sebaliknya berlaku, mereka tidak menyukai saya dan semakin hari semakin nampak.  Saya begitu tertekan dengan keadaan itu ,suami pula panas baran dan selalu mengajak saya pulang ke rumah mertua. Padahal masa itu, tahap kesihatan saya merundum. Saya lemah.

(akan bersambung)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.