Coretan Si Isteri (Episod 3) :“Lain Kali Drive Elok-elok Sikit, Jangan Sampai Aku Terjaga”

Pagi raya yang begitu suram di Tg. Karang, Selangor, untuk orang baru berkahwin merupakan pagi yang indah disamping insan tersayang yang bergelar suami. Tapi tidak bagi saya, mengejutkan suami di awal pagi sahaja sudah cukup mencabar.  Biasanya di pagi hari bukan ungkapan sayang tapi kata-kata-kata marah yang ditujukan kepada saya. Oleh kerana ahli keluarganya ramai, saya terpaksa tunggu giliran untuk menggosok baju.  Saya tidak kisah jika lambat, saya juga pernah memberitahu suami yang saya sanggup bawa iron atau kipas sendiri ke rumah mertua. Tapi suami kata menyusahkan macam rumahnya tak ada. (telahan sikap suami saya dapat diduga sebelum kejadian)

Saya tahu ada iron , tapi suami baran dan tidak sabar tak boleh tunggu.Sebaik sahaja mengejutkan suami, saya mintanya untuk bersiap mandi namun saya dimarahinya. Sewaktu saya menggosok baju, dia hanya memerhatikan saya dengan perasaan benci dengan matanya yang merah. Seperti singa yang mahu menerkam mangsanya.  Dia memerhati gaya saya menggosok bajunya sambil hati saya rasa terancam kerana tahu dia tidak berpuas hati. Mujurlah di rumah mertua bukan di rumah sendiri. Dia menyembur air ke muka dan badan saya. (mujurlah bukan iron saya). Dia merampas iron dan menyindir seolah-olah saya tidak ikhlas untuk menggosok bajunya. Walhal saya takut dengannya.

Menggosok baju pun boleh jadi satu perkara yang mencabar dalam seumur hidup saya. Saya masih tidak boleh membongkok atau meluruskan badan secara normal memandangkan baru lepas dibedah. Jadi pergerakan agak perlahan dan terbatas.  Selalu saya menggosok dia tak nampak dan dia memang cerewet orangnya, sangat menjaga penampilan di luar rumah. Sedikit renyuk pun dia akan minta saya gosok semula.  Saya akur malah saya melayan saja raja hati saya sebelum ini. Oh suami.

Seperti biasa saya menangis, mungkin hal sebegini agak remeh di mata orang. Ikutkan hati kalau saya mampu memang saya drive balik kampung terus.  Tetapi saya seorang yang lembut hati, selepas dipujuk saya tersenyum kembali. Dia memujuk hanya selepas ditegur oleh kakak ipar saya. Oh suami tahapmu seperti Raja sehingga Isteri dianggap seperti orang gaji ?. Itu yang saya rasakan. Walaupun pujukan dia tidak ikhlas saya tetap gembira. Hanya secebis kasih sayangmu ku dambakan wahai suami.

Artikel Berkaitan :

Coretan Si Isteri (Episod 1) :Bercinta 8 Tahun, Perkahwinan Bertahan Selama 6 Bulan Sahaja

Coretan Si Isteri (Episod 2) : Aku Sedang Sakit Sangat, Kau Menonton Movie Buat Tak Tahu

Cerita tidak terhenti di situ, bersambung ke kampung ibu mertua saya di Pahang. Dua hari di sana. Saya bukan isteri yang baik saya akui banyak perlu saya belajar.  Perasaan sedih saya masih terbawa-bawa disebabkan layanan suami. Dia tidak pedulikan saya. Saya bukan sombong, saya masih baru dalam keluarga dia. Saya kekok. Sebaik sahaja sampai tidak pula dia disamping saya. Walhal baru kahwin patut tidak berenggang. Suami sepatutnya memperkenalkan saya dengan saudara-maranya. Saya pemalu.

Memang mertua ada, tapi saya mahu suami. Seperti biasa saya ditinggalkan. Dia ke dusun dan berjalan-jalan bersama anak buahnya. Kereta saya dijadikan tempat untuk membawa sebakul besar durian selama dua hari berturut-turut. Walhal banyak lagi kereta lain. Mungkin ipar duai rasa kereta saya ini murah sangat. Jadi kemana-mana pergi dengan kereta saya sahaja. Saya hanya mendiamkan diri.

Kereta saya tidak pernah kotor seteruk itu, tidak pernah calar, saya pun berasal dari keluarga sederhana, viva itu ibarat mercedez benz bagi saya. Kotor dan buruknya viva kesayangan saya sama seperti sedihnya hati saya. Kereta ada 3-4 buah. Viva saya juga yang menjadi pilihan. Yalah saya faham taraf viva saya, taraf kereta murahan. Mengeluh di hati ini, hutang masih ada, tapi suami hanya bantu membayar sekali sahaja yang lain saya bayar guna duit gaji yang terakhir selama 6 bulan.  Bila baran suami datang selalunya kereta ini juga yang menjadi mangsa dipandu laju-laju. Oh suami. Kereta itu jugalah yang menjadi kegunaan suami pergi kerja dan di kampung menjadi transport untuk suami mencari barang spare part kereta (pomen). Non stop.

Episod demi episod tiada penghujung. Bila mana suami marah, dia tidak akan control kemarahannya dan biasanya ibu mertua dan adik ipar akan menjadi saksi. Bila suami marah, ibu mertua atau adik ipar pasti akan duduk berdekatan dan memerhati.  Bagaimana saya dapat berbincang dengan suami ? Saya tidak dapat bercakap dengan suami. Saya seolah-olah terhegeh-hegeh nak bercakap dengan suami.  Tapi dia sering mengelak dari berbincang.  Keadaan menjadi semakin rumit dan menyesakkan jiwa saya.

Dari Pahang singgah ke Selangor menghantar mertua dan dari Selangor pulang ke Perak.  Hari yang sama. Kami bertukar-tukar drive kereta. Kebetulan kaki saya tertusuk kayu sewaktu mandi bersama di Sungai Pahang. Bernanahlah kaki. Perut saya pun masih sakit.  Tapi saya tetap volunteer nak drive sebab saya sangat teruja untuk berjumpa dengan mama saya.  Di rumah mertua, suami melengah-lengahkan waktu untuk pulang ke Perak. Walhal dia sentiasa bersemangat walaupun penat bila di minta ke mana sahaja oleh adik beradiknya.  Dia jarang menolak permintaan orang lain kecuali saya.

(Ambil nafas dalam-dalam …) Punyalah semangat saya nak balik sehingga sanggup menahan sakit.  Sewaktu di Kuala Selangor (tengah drive), saya maintain drive kira-kira 90-100km, padahal suami selalu je lebih dari itu. Entah kenapa hari itu suami dengki sangat dengan cara pemanduaan saya, sehingga amarahnya terkeluar dan menunjal-nunjal kepala saya banyak kali sewaktu drive.  Bayangkanlah saya tengah sakit kaki, perut dan hati.  Saya senyum sambil menangis dan suami abaikan.  Saya bawa perlahan seperti dipinta.  Jam menunjukkan 8.30 mlm dan telefon saya tidak berhenti berdering. Saya tahu abah sangat risaukan saya.

Suami masih tidur di sebelah.  Saya kembali menangis, tiba-tiba kaki saya terasa sangat sakit untuk menekan pedal minyak.  Saya berhenti di tepi laluan ke Kg. Gajah.  Saya mengejutnya sambil meminta maaf kerana tidak mampu drive meneruskan perjalanan.  Suami marah dan menggesa saya memandu sebab saya yang nak sangat balik ke kampung.  Saya meneruskan perjalanan, (kereta manual) menyusuri kepekatan malam.  Saya tidak nampak sangat pada waktu malam. Saya terlanggar lubang yang agak besar dan membuatkan suami terjaga.  Malam yang sangat panjang.  Suami memarahi saya “LAINKALI DRIVE ITU KO ELOK-ELOK LA SIKIT, JANGAN SAMPAI AKU TERJAGA”.  Tertekannya saya. Allahuakbar dugaan apakah ini.

(Bersambung)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.