Amalan memberi salam
Ucapan ‘Ohaiyogozaimas’ (Selamat Pagi) ‘Konichiwa’ dan ‘Konbanwa’ (Selamat Petang) tidak lekang dari mulut mereka dan diucapkan kepada semua orang.Ucapan ini diiringi dengan gaya menundukkan kepala sambil tersenyum.
Jika mengunjungi kedai, para pelayan akan meyambut kita dengan ucapan ‘Irashai Masse’ (Selamat Datang) . Bermula dengan cashier sehinggalah pekerja-pekerja lain dalam kedai bersahut-sahut antar satu sama lain. Kalau di Malaysia, Guardian pernah meniru budaya ini. Selepas membuat bayaran mereka akan mengucapkan terima kasih atau ‘Arigatou’ bersahut-sahut sama seperti kita mula masuk tadi. Ia sememangnya mempunyai persamaan dengan ucapan Assalamualaikum yang sepatutnya kita amalkan sebagai orang Islam.

Kebersihan
Hampir 100 peratus tempat yang dilawati penulis (termasuk tandas!) sangat bersih. Kita tidak akan nampak sampah dibuang merata-rata. Tong sampah juga ada di mana-mana. Jika ke stadium untuk menonton bolasepak, sebaik tamat perlawanan mereka akan berbaris untuk menunggu giliran membuang sampah. Keadaan stadium bersih sebelum dan selepas perlawanan. Tidak perlu cleaner. Sampah pula diasingkan bagi tujuan ‘recycling’.

Budaya Kerja yang Hebat
Orang Jepun memang terkenal dengan budaya berkerja yang hebat. Negara maju yang lain tidak akan dapat menandingi cara bekerja orang Jepun. Jika pulang awal dari pejabat, anda akan dianggap sebagai seorang yang pemalas di mata masyarakat. Budaya ini dikenali sebagai ‘salary man culture’.
Mereka cukup tekun dan disiplin dalam melaksanakan kerja hatta sebagai tukang sapu sekali pun. Kerja yang dibuat penuh teliti. Di dalam Islam terdapat hadith yang berbunyi “berkerjalah untuk duniamu seolah kamu akan hidup selamanya, beramallah untuk akhiratmu seakan kamu akan mati keesokannya”.

Pendidikan Pra sekolah
Sistem pendidikan Jepun yang bersahaja dan tidak menitikberatkan akademik semata-mata berjaya menerapkan jatidiri yang kuat dalam diri individu. Di peringkat pra sekolah, pendidikan moral ditekankan. Antaranya cara menghormati orang, cara menaiki kenderaan awam, cara membuang sampah dan banyak lagi amalan harian yang lain. Secara tidak langsung ini membuatkan mereka lebih peka kepada keadaan sekeliling dan alam sekitar. Dalam Islam antara aktiviti luar yang dianjurkan termasuklah aktiviti berenang, memanah dan menunggang kuda.

Kerjasama suami-isteri mengurus keluarga
Jangan terkejut di Jepun suami akan memberikan semua gajinya kepada isterinya untuk diuruskan. Memang ada bahagian untuk suami, tapi tanggungjawab untuk merancang perbelanjaan dan bajet dalam rumahtangga akan dibuat oleh si isteri.

Budaya memberi
Terdapat banyak sekali kedai barangan terpakai di Jepun. Barangan dijual dengan harga yang berpatutan dan sangat berkualiti. Ianya membuka peluang supaya sesuatu barangan dapat ditukar milik. Ini termasuklah barangan berjenama dan berkualiti dengan harga yang lebih rendah. Kebanyakan orang Jepun menjual barangan mereka disebabkan ruang penyimpanan yang terhad di rumah di samping mengamalkan gaya hdup sederhana.

Ketepatan Masa
Apabila berurusan dengan orang Jepun, menepati masa adalah sangat penting. Itu tanda hormat kita kepada mereka. Semua bentuk kemudahan pengangkutan awam di Jepun baik bas atau keretapi semuanya sampai tepat pada masanya. Tidak hairanlah jika dalam setahun jumlah masa lewat terkumpul untuk perkhidmatan keretapi mereka adalah beberapa saat sahaja. Sungguh menakjubkan.
Kadar jenayah yang rendah
Disebabkan sistem pendidikan yang berkualiti, hukuman yang berat dan budaya hidup bermasyarakat yang mementingkan keharmonian, kadar jenayah di jepun adalah sangat rendah. Jika anda pergi ke balai-balai polis anda akan dapat melihat mereka seolah-olah tidak ada kerja. Selalunya mereka akan membuat kerja-kerja lain seperti membuat sekatan perangkap laju dan menunggu kenderaan yang melanggar lampu merah.
Di hadapan setiap balai polis di Jepun ada tercatat jumlah jenayah yang berlaku di kawasan tersebut. Kebiasaannya statistik ini dipenuhi dengan angka kosong. Senario kanak-kanak di bawah umur dua belas tahun berjalan seorang diri di tengah-tengah kota atau desa adalah pemandangan biasa. Bayangkan. Selamatnya..

Akad Jual Beli
Semasa mebuat bayaran, cashier akan menyebut jumlah wang yang diterima dan baki yang dipulangkan kepada kita. Ini diikuti dengan ucapan terima kasih.

Artikel Berkaitan : Kuil Payudara di Jepun
Hidup Sederhana atau Minimalisme
Jika kita amati kehidupan Nabi Muhamad saw, sangatlah sederhana dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal Baginda. Nilai seperti ini telah diterapkan dalam budaya Jepun dan dikenali sebagai ‘Zen’.
