11 Cara-cara Untuk Melupakan Kekasih Lama

1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak berkesempatan untuk lakukan.

Selama anda berkenalan dengan kekasih lama,
anda mungkin mempunyai banyak perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya.

Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang ingin anda lakukan ini akan membuatkan anda sibuk dengan perkara lain selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.

2. Ceriakan diri anda.

Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si
dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat
untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.

3. Jumpa kawan-kawan lama dan cari kawan-kawan baru.

Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang berbentuk hobi. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.

4. Brainwash dan gunakan logik untuk menghilangkan perasaan sedih.

Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, sebenarnya mudah untuk anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengimbas kembali perkara-perkara negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Ini akan membuatkan anda semakin menyampah untuk mengingati kekasih lama.

Tetapi, jika si dia baik orangnya, mungkin sukar sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu berasa gembira kerana diberi peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk menjadikan anda lebih kuat untuk masa yang akan datang.

5. Hargai dirinya

Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, jumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya.

Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang telahsi dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.

6. Pandang jauh ke depan

Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk kita memberi dan menerima. Bercinta tidak semestinya akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan apa yang berlaku pada diri anda sebagai pengajaran yang bermakna. Secara tidak langsung, perasaan sedih dan risau akan hilang dengan sendirinya.

7. Kuatkan semangat

Jangan mudah putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, sebenarnya masih banyak lagi perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda.

Kembalilah semula kepada Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyayangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.

8. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama

Yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkanlah ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama kepada rakan-rakan. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama, semakin meluat dan rimas mereka. Jangan sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah anda melupakan pasangan anda itu nanti.

9. Padamkan kesemuanya

Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS,
rekod panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah untuk kebaikan. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan di dalam handphone
dan laptop. Buangkan saja.

10. Elakkan dari bersendirian

Apabila kerap bersendirian, anda akan
cenderung untuk mengingati semula kekasih lama.  Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.

11. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia

Ini mungkin satu tindakan yang agak drastik, tetapi ianya salah satu cara terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah.

Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula
barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda  yang
tidak lagi bermakna dalam hidup anda.

Artikel Berkaitan: Tips Menangani Pasangan Yang Mengalami Kemurungan

Advertisements