Anda kena Blacklist, Ini Penjelasan Berkenaan CCRIS dan CTOS.

Blacklist atau senarai hitam adalah disebakan kegagalan diri sendiri atau orang yang anda jamin membayar balik pinjaman bank. Anda juga boleh disenaraihitam akibat tidak membayar balik hutang kepada syarikat yang menawarkan kemudahan sewa beli seperti AEON atau Courts. Jika anda ada membeli perabut atau barang-barang daripada syarikat seumpama ini, kegagalan menjelaskan hutang bulanan boleh menyebabkan kes anda dibawa ke mahkamah dan berisiko untuk disenarai hitam.

 

CTOS

CTOS atau Credit Tip Off Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang bertindak mengumpul maklumat kewangan seseorang individu. Ini bukan bermaksud maklumat yang dikumpul adalah berkenaan berapa jumlah wang simpanan anda tetapi maklumat berkenaan pinjaman bank.

Jika anda memohon pinjaman, bank akan menggunkan khidmat CTOS untuk menilai kedudukan kewangan anda seperti jumlah pinjaman sedia ada, sejarah bayar balik pinjaman anda. Maklumat-makluamt dari CTOS ini akan dikaji oleh bank sebelum meluluskan permohonan anda. Jika anda mempunyai hutang tertunggak atau sejarah bayar balik yang tidak baik, besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak.

Anda boleh menyemak laporan CTOS anda melalui applikasi di google play atau klik di sini. Daftar dan anda akan mendapat laporan terperinci kedudukan kewangan anda dengan sedikit bayaran.

 

Terdapat 4 seksyen di dalam CTOS iaitu:-

Seksyen A – Nama, No. Kad Pengenalan

ctos-a

Seksyen B – Maklumat Perniagaan Individu;

ctos-b1ctos-b2

Seksyen C – Di sini juga dipaparkan laporan CCRIS jika ada bayaran pinjaman bank yang tertunggak atau jika ada cek kepunyaan anda yang ditendang. Laporan berkenaan CCRRIS hanya memaparkan sejarah bayaran balik pinjaman dalam tempoh 12 bulan sahaja.

ctos-cctos-c1

Seksyen D – Maklumat Saman dan Muflis; laporan berkenaan sama ada anda pernah disaman di mahkamah atau pernah muflis. Sejarah berkenaanya kadangkala ada di dalam ctos untuk tempoh yang lama dan dijadikan sebagai rujukan bank.

ctos-dctos-d1

 

Kesimpulannya CTOS dan CCRIS merupakan laporan kedudukan kewangan individu yang digunakan oleh bank untuk menimbangkan permohonan pinjaman anda. Tidak kira pinjaman rumah, kenderaan, membuka akaun syarikat, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Untuk lebih mudah jika anda disenaraikan sebagai CCRIS maknanya anda masih berhutang dengan bank dan bayaran bulanan tidak cantik.

Jika anda disenarikan sebagai CTOS anda tidak membayar hutang dengan bank dalam tempoh tertentu dan mahkamah pernah mengeluarkan saman kepada anda.

 

Advertisements