Bagaimana Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera

Amanah Hartanah Berhad (AHB) merupakan unit trust fund yang patuh syariah dan fokus kepada pelaburan hartanah di seluruh Malaysia. Ianya diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera dalam memiliki hartanah komersil melalui pegangan unit saham dalam AHB.

Jumlah pelaburan minima telah dikurangkan dari RM500 hingga RM100 sahaja untuk seorang individu. Jumlah pelaburan maksima telah dinaikkan dari RM 400,000 hingga RM 500,000 untuk seorang individu.

Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu mengenai AHB :

Pembelian unit saham AHB boleh dibuat di seluruh cawangan Maybank pada hari bekerja. Anda dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut ketika di bank :

  • Mengisi borang Pendaftaran -Akaun Dewasa atau Borang Pendaftaran- Akaun Kanak-kanak/Remaja
  • Hantar borang yang lengkap bersama Mykad atau Mykid/Surat Beranak (bagi kanak-kanak berumur antara 3 bulan hingga 18 bulan) dan jumlah pelaburan dalam bentuk tunai atau banker’s cheque.

Antara kebaikan melabur dalam AHB

  • Pelaburan dinaungi oleh pelaburan hartanah komersil seluruh Malaysia
  • AHB merupakan skim pelaburan yang patuh syariah
  • Diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman
  • Pelaburan jangkamasa panjang dengan pulangan baik

 

Kelayakan Asas

(i) Bumiputera Malaysia:
(a) Akaun Dewasa (18 tahun ke atas);
(b) Akaun Remaja (bagi pemohon bawah umur atau kanak-kanak berumur tiga (3) bulan tetapi di bawah usia 18 tahun dibawah nama penjaga yang sah. Kedua-dua penjaga yang sah dan kanak-kanak tersebut mestilah Bumiputera
Malaysia);

Pelaburan Permulaan Minima:

(i) Individu dengan tunai – 100 unit;
(ii) Individu di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP – 1,000 unit; dan
(iii) Institusi Bumiputera – 250,000 unit (Nota 1)

Pelaburan Maksima :

(i) Individu – 500,000 unit

Pelaburan Tambahan Minima:

(i) Individu – 50 unit;
(ii) Individu di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP – 1,000 unit; dan
(iii) Institusi Bumiputera – akan ditentukan oleh Pengurus dan Penaja.

Keperluan Baki Minima:

Pemegang-pemegang Unit diperuntukan untuk mengekalkan baki 100 unit (atau 1,000 unit jika pelaburan dibuat di bawah Skim Pelaburan Ahli-ahli KWSP). Jika sekiranya satu permohonan beli balik menyebabkan seseorang Pemegang Unit memegang kurang dari baki minima yang ditetapkan, Pengurus berhak membeli balik semua baki unit dan menutup akaun Pemegang Unit.

Pembelian Balik Unit/Penjualan Unit Minima:

(i) Individu – 100 unit; dan
(ii) Institusi Bumiputera – akan ditentukan oleh Pengurus dan Penaja

Baca Maklumat penting dalam bentuk PDF di sini

Baca Prospektus dalam bentuk PDF di sini

Advertisements